Pentingkah Mengemaskini iOS?

[OPINION] Pentingkah Mengemaskini iOS?

Mengemaskini iOS ini hakikatnya sudah menjadi satu tajuk yang penting, malah ramai di kalangan pengguna iOS masih keliru adakah mereka sepatutnya mengemaskini iOS.

Isu ini menjadi hangat apabila semalam pihak Apple telah membuka pelayan (server) mereka bagi membolehkan pengguna iPhone downgrade iPhone mereka kepada iOS terdahulu.

Persoalannya, adakah penting kita mengemaskini iOS?

Sebelum pergi lebih jauh. Anda harus memahami fundamental berkenaan dengan kemaskini iOS.

Hakikatnya, mengemaskini iOS atau update iOS sememangnya menjadi kelaziman bagi peranti iOS.

Suka atau tidak, anda terpaksa menerima kemaskini iOS tertakluk kepada diri anda sama ada untuk menerimanya atau sebaliknya.

Mengemaskini iOS adalah untuk memastikan iOS anda sentiasa selamat, mempunyai fungsi/ciri baharu serta memastikan kestabilan pada iOS anda.

Selain itu, dengan mengemaskini iOS hardware atau perkakasan pada iPhone sentiasa berjalan dengan baik.

Kerana itulah, selepas anda mengemaskini iOS terdapat perubahan pada iPhone anda sama ada anda sedar atau tidak.

Mengemaskini iOS hakikatnya adalah penting bagi semua model iPhone kecuali iPhone anda adalah dari refurbish set atau anda pernah menukar komponen tiruan di kedai telefon.

Akibat dari penggunaan komponen tiruan, ia akan mengakibatkan iPhone anda tidak dapat berfungsi dengan baik hingga ia boleh merosakkan komponen iPhone itu sendiri.

Antara simptom yang sering terjadi adalah Touch ID tidak berfungsi serta skrin iPhone tidak dapat disentuh (ghost touch).

Secara peribadi, sekiranya anda dikalangan pengguna yang saya nyatakan tadi amatlah digalakkan untuk tidak mengemaskini iOS anda.

Namun, sekiranya anda tidak mengemaskini iOS atau downgrade ke versi terdahulu. Risikonya amatlah tinggi.

Contoh paling mudah, jika anda sempat downgrade iPhone 5 ke versi iOS 6. Sekiranya iPhone anda dicuri, anda tidak dapat mengaktifkan fungsi activation lock memandangkan fungsi ini hanya hadir pada iOS 7 dan ke atas.

Begitu juga dengan kemaskini aplikasi. Memandangkan Apple ke arah aplikasi berteraskan 64bit. Kebanyakan aplikasi 32bit tidak dapat digunakan dan anda harus mengemaskini ke iOS terkini.

Antara berita terhangat untuk aplikasi permainan, adalah anda hanya boleh memasang aplikasi Pokemon Go pada versi iOS 11 sahaja memandangkan pihak Pokemon Go hanya menyokong iOS 11 sahaja pada kemaskini akan datang.

Saya akui bahawa bagi pengguna iPhone model iPhone 5S dan iPhone 6 akan mengalami sedikit masalah setelah mengemaskini iOS 11.

Namum, kita terpaksa melaluinya demi memastikan iPhone kita sentiasa selamat.

Namun, tidak bermakna kita tidak mengemaskini iOS iPhone kita tidak selamat. Cuma, ia hanyalah sekadar berjaga-jaga.

Ironinya, sama ada anda kemaskini atau tidak bergantung kepada kondisi iPhone anda. Jika iPhone tidak pernah menukar komponen tiruan, amatlah digalakkan untuk dikemaskini.

Namun, bagi pengguna yang pernah menukar komponen amatlah digalakkan untuk kekal pada versi sedia ada.

Mengemaskini iOS hakikatnya mempunyai pro dan kon. Namun, semua terpulang pada diri anda untuk menerimanya.

Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan terima kasih di atas sokongan dan maklum balas anda berhubung penulisan saya bagi tahun 2017.

Untuk 2018, saya berharap dapat mengekalkan momentum yang sama seperti tahun-tahun sebelumnya.

Tanpa sokongan dan maklum balas yang positif dan negatif dari anda sudah tentu saya tidak mampu kekal hingga sekarang.

Bukan senang nak menyampaikan sesuatu yang penting dalam bentuk penulisan. Diharap anda selesa membaca tulisan saya ini.

SEKADAR PANDANGAN

Credit: xaviernaxa

Penulis |Pengkritik Apple |Pencinta Inovasi |Penentang Dakyah Songsang Apple

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *